Like us

Sunday 5 March 2017

Dia menangis lagi..

Dia menangis lagi.. tiada tanda akan berhenti.. sudah hampir 3 jam begitu.. suaranya semakin hilang.. semakin sayu.. sesayu hati ummi.. sesayu suara abi berzikir di telinga sayang.. kenapa sayang?? Kenapa?? Sakit ke sayang? Dimana?? Apa yg ummi blh buat untuk sayang? Apa silap ummi, sayang? Ummi & abi bgilir2 mendukung & berzikir di telinga sayang tanpa henti.. xsekalipun kami duduk.. lenguh.. penat.. xpela sayang.. ummi & abi sanggup..
Tapi itu semua tidak membantu.. bkn itu yang sayang perlukan..


Risau.. hati ummi risau.. ape yang xkena, sayang?? Setiap hari begini.. bermula seusai asar.. berterusan ke tengah malam.. sampai bila, tiada siapa yg tahu.. dikau menangis, ummi pn menangis.. ibu tidak cukup kuat.. ummi lemah.. ummi tertekan.. manakan mungkin kami tega biarkan kau terus menangis sayang.. kami ikhtiar.. orang sekeliling beri pelbagai cadangan.. smua kami cuba.. ubat klinik, pelbagai jenis minyak, gripe water.. apa saja yg boleh kami usahakan.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Sesungguhnya hanya mereka yg pernah mengalami akan memahami situasi ini.. sedih, kecewa, tertekan.. terasa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yg baik.. sedangkan realitinya bukan terhenti di sini.. bukan itu saja dugaannya.. kami first time parents waktu itu.. byk perlu belajar.. dari pengalaman orang lain, dari pembacaan.. sawan tangis anak kami akhirnya terhenti sendiri dengan peningkatan usianya.. kami hanya mampu berusaha sebaik mungkin utk mengelakkn keadaan lebih buruk berlaku.. pastikan anak kami selesa sepanjang masa, tidak kembung, tidak terlalu sejuk atau panas.. apa saja..

Setelah melepasi fasa tersebut baru saya bertemu dgn produk #NajlaaBabySkincare.. sedikit terlewat untuk saya.. but better late than never!  Berdasarkan pengalaman, produk pertama yang saya ingin cuba tentulah #HerbalOilNajlaa.. minyak herba ini dirukyahkan dengan ayat2 Al-Quran.. walaupun anak2 saya tiada lagi sawan tangis, 2 puteri saya mewarisi penyakit kembung saya.. boleh dikatakan perut kami semua sentiasa kembung.. setiap kali perut kembung, saya akan gunakan minyak ini.. begitu juga jika selsema.. alhamdulillah berkesan utk saya & anak2.. sejak itu minyak ini sentiasa ada di rumah..

Organik, Berkesan, Harga Berpatutan..




Saya & Najlaa

Jam hampir pukul 4 pagi.. suasana sangat sunyi.. sesekali terdengar rengekan Afiya dalam tidur.. walaupun dah hampir memasuki umur 4 thn, sesekali dia masih terjaga malam, mencari air.. so botol air memang perlu sentiasa di sisi..

Bila diminta bercerita kisah ummi & Najlaa, agak susah untuk ummi.. ummi tiada pengalaman yang betul2 boleh buat orang menitiskan air mata.. ummi tiada episod membawa anak sakit ke hospital kerana pelbagai penyakit.. membaca kisah2 pengguna Najlaa, ...ummi kagum.. mereka diuji dengan dugaan yang berat sebelum bertemu Najlaa.. mereka jadi begitu menghargai hadirnya Najlaa di dalam hidup mereka.. sesungguhnya ummi kalah.. kalah dengan perjuangan mereka.. kalah dengan kecekalan mereka..

Jika dulu ummi merasakan begitu teruji dengan kehadiran permata hati ummi, ujian ummi begitu kecil dibandingkan dengan apa yang dialami ibu2 Najlaa yang lain.. dalam hati ummi bersyukur.. mendengar kisah mereka.. mendengar keluh kesah mereka sebelum bertemu Najlaa, membuatkan hati ummi terjentik.. sesungguhnya aku patut lebih bersyukur..

Ummi hanya mengenali Najlaa ketika Afiya sudah berumur lebih 2 thn.. Aisya juga sudah lebih 4 thn ketika itu.. mereka sudah melepasi fasa kritikal tumbesaran mereka.. mereka kini lebih kuat..
lebih aktif.. lebih banyak berbicara.. walaupun mereka tidak lagi 'fragile' seperti waktu masih bayi dulu, mereka juga tidak lepas daripada penyakit-penyakit biasa yang menyerang kanak-kanak.. selalu juga selsema & batuk, muntah, demam, kembung perut, luka-luka.. Afiya sendiri begitu sensitive kepada ubat gigi.. pantang terlebih sedikit, dia pasti muntah-muntah..

Menjadi satu kemestian untuk ummi menyediakan ubat-ubatan untuk kecemasan.. dahulu, minyak telon pelbagai jenama & v**ks sentiasa ada di rumah.. habis, beli.. habis, beli lagi.. Justeru, bila mula mengenali Najlaa lebih setahun yang lalu, ummi mulakan dengan Baby Balm & Herbal Oil.. bagi ummi harganya sangat berpatutan untuk produk organik, bebas kimia, berasaskan herba.. pengasasnya sendiri sahabat ummi & abi di UIA.. kerana kepercayaan, kami mencuba.. sejak itu, duo Najlaa tersebut sentiasa ada bersama kami.. ini kisah permulaan kami & Najlaa..

Bagaimana ummi tergerak untuk bersama team Najlaa???

To be continued..




Friday 3 March 2017

Set Eczema Najlaa Baby Skincare ~ Produk semulajadi dengan harga berpatutan

1) Herbal Cream


Untuk merawat "Flare" ruam2 bertompok merah dibadan tuu.
Jika eczema berair...sapukan cream sehingga kering ruam, barulah sapu serum.
Jika Eczema kering... sapu kan cream 15-30minit kemudian sapukan serum.

2) Serum
Kulit eczema perlu lembap sentiasa supaya tidak kering bersisik, kemudian gatal2, tak sedar menggaru garu pula...kadang2 sampai berdarah...Eczema jadi teruk. So utk penjagaan sapukan serum seperti guna losyen... sedikit sahaja dan di sapu nipis nipis.
Losyen byk kimia dan boleh menyebabkan allergy... tapi Serum ni 99.5% tumbuhan Sis. So selamat... boleh guna di kulit dan rambut.

3) Sakura Soap

Hypoallergenic, guna masa mandi. Sabun ni diperbuat drp Glycerine, Virgin coconut oil, olive oil, oat, herbs extract, Vit A, Vit E.

Cadangan penggunaan
~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Mandikan ank syurga dengan sakura soap.. Sakura soap tiada agen pembuih yg selalu menjadi punca kulit kering.. Jadi, jgn bimbang dengan kekurangan buih ketika menggunakannya..

2) Selepas mandi, pastikan lap kering anak syurga.. Kemudian sapukan herbal cream di tempat2 yg kelihatan ruam eczemanya.. Ratakan sehingga krim meresap di kulit..

3) Selepas beberapa minit, sapukan serum ke seluruh badan ank syurga..











Apa itu eczema?? Kawal sebelum melarat..

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalunya dikesan buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Minyak Kelapa Dara dalam Najlaa Nourishing Lotion


Nourishing Lotion Najlaa dirumus menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan asas. Ini kerana minyak kelapa sangat terkenal dalam dunia kecantikkan lama mahupun kosmetik modern. Pelbagai kajian saintifik telah menunjukkan minyak kelapa dara mempunyai manfaat yang banyak.


Berikut adalah 3 manfaat utama minyak kelapa dara untuk kulit:

1) Minyak kelapa dara kaya dengan Vitamin E, amat baik untuk digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya embantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

2) Minyak kelapa dara kaya dengan Polifenol. Agen yang melambatkan proses penuaan. Seiring peningkatan usia keanjalan kulit berkurang dan kendur. Hal ini merisaukan semua wanita. Cegah penuaan dengan Losyen Minyak Kelapa Najlaa, Nourishing Lotion.

3) Minyak kelapa juga kaya dengan rantaian Lauric Acid. Asam lemak ini bersifat anti-bakteria dan anti-virus. Ianya membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, ekzema dan lain-lain jangkitan kulit.

Boleh tekan link berikut utk maklumat lanjut.. http://bit.ly/2mSgb27

#NourishingLotion
#NajlaaBabySkincare
#LosyenMinyakKelapaDara

Thursday 2 March 2017

5 Khasiat Kunyit di dalam Serum Najlaa

Serum adalah produk Najlaa yg dirumus daripada tumbuh tumbuhan. Diantaranya kunyit.
Manfaat herba zaman purba ini telah diakui diseluruh dunia. Di antara manfaat kunyit yg terdapat dalam serum najlaa:

1. Menyembuhkan Luka

Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang membantu merawat luka dan mempercepatkan penyembuhan, serta mencegah jangkitan.
Boleh sapukan luka dengan serum najlaa yang dirumus menggunakan kunyit serta herba herba lain yang turut memberi manfaat kesihatan pada kulit

2. Membantu Merawat Kanser Kulit

Kanser kulit adalah berpunca daripada sinar UV, bahan kimia dan genetik. Kulit luka luka dan keradangan serta menjejaskan penampilan seseorang.
Kunyit mempunyai antioksidan yang kuat Curcumin yang membantu mengurangkan pertumbuhan sel-sel tumor kulit.
Apabila kunyit disapu pada kulit, ia mengurangkan keradangan dan sakit. Boleh gunakan serum Najlaa.

3. Membantu Merawat Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit radang biasa berpunca daripada disfungsi sistem imun atau "autoimmune diseases ".
Psoriasis menyebabkan luka-luka pada kulit dan tompok tompok putih. Ia biasanya kelihatan pada siku, lutut, kulit kepala, belakang telinga dan leher.
Curcumin dalam kunyit, apabila dimakan sangat berkesan dalam meningkatkan sistem imun dan mengurangkan gejala psoriasis.
Menyapu Serum Najlaa yang mengandungi kunyit pada luka-luka psoriasis membantu mengurangkan kesakitan, keradangan dan masalah-masalah lain.

4. Membantu dalam Merawat Ekzema

Ekzema adalah istilah yang menerangkan kulit bengkak, lebam, gatal-gatal, kemerahan dan keradangan pada kulit.
Juga, dipanggil dermatitis, ekzema biasanya berpunca oleh iritasi, tekanan, alergen, genetik atau penyakit lain. Ia tidak berjangkit.
Kunyit terbukti secara saintifik berkesan dalam merawat ekzema dengan mengurangkan kerengsaan kulit, ruam, gatal-gatal, bengkak, keradangan dan kemerahan.

5. Membantu mengecutkan Jerawat

Jerawat adalah salah satu daripada masalah kulit yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang.
Jerawat boleh merosakkan penampilan dan boleh menjejaskan kerja dan kehidupan sosial. Rawatan rumah menggunakan kunyit boleh memberi manfaat kepada jerawat.
Kunyit mengandungi bahan pembunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum.

#SerumNajlaa
#ManfaatKunyit

Nourishing Lotion Najlaa (3 in 1)~ For beauty skin, as insect repellent & as sunscreen..

Nourishing Lotion yang dihasilkan oleh NajLaa Baby Skincare mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai " insect repellant " yang tidak memberi kesan sampingan yang bahaya.

Nourishing Lotion dirumus menggunakan Zinc Oxide .
Sejenis mineral yang membentuk lapisan atas kulit, memberi perlindungan dari mudah digigit nyamuk. Selain itu, kandungan zinc oxide membantu mereda dan menhilangkan kegatalan dan kesan kemerahan akibat gigitan nyamuk. Dalam masa sama, ia menapis cahaya matahari daripada menyebabkan sunburn.

Disamping itu, Nourishing Lotion di rumus menggunakan peratusan kecil Stearic Acid. Sejenis bahan aktif yang dikesan secara ilmiah, bersifat "insectisides" . Oleh itu, penggunaan Nourishing Lotion pada kulit yang terdedah bukan sahaja mencantikkan kulit, malah melindungi daripada gigitan nyamuk dan sunburn.

3 kebaikkan dalam 1 botol nourishing lotion, langkah paling bijak yang perlu anda bertindak sekarang.

Untuk ibu mengandung anda digalakkan mengguna Nourishing Lotion untuk pencegahan. Ibu-bapa juga boleh menggunakan, lotion ini untuk anak-anak kecil dan remaja bagi mencegah dijangkiti virus-virus bahaya yang disebarkan melalui nyamuk.