Like us

Sunday, 5 March 2017

Dia menangis lagi..

Dia menangis lagi.. tiada tanda akan berhenti.. sudah hampir 3 jam begitu.. suaranya semakin hilang.. semakin sayu.. sesayu hati ummi.. sesayu suara abi berzikir di telinga sayang.. kenapa sayang?? Kenapa?? Sakit ke sayang? Dimana?? Apa yg ummi blh buat untuk sayang? Apa silap ummi, sayang? Ummi & abi bgilir2 mendukung & berzikir di telinga sayang tanpa henti.. xsekalipun kami duduk.. lenguh.. penat.. xpela sayang.. ummi & abi sanggup..
Tapi itu semua tidak membantu.. bkn itu yang sayang perlukan..


Risau.. hati ummi risau.. ape yang xkena, sayang?? Setiap hari begini.. bermula seusai asar.. berterusan ke tengah malam.. sampai bila, tiada siapa yg tahu.. dikau menangis, ummi pn menangis.. ibu tidak cukup kuat.. ummi lemah.. ummi tertekan.. manakan mungkin kami tega biarkan kau terus menangis sayang.. kami ikhtiar.. orang sekeliling beri pelbagai cadangan.. smua kami cuba.. ubat klinik, pelbagai jenis minyak, gripe water.. apa saja yg boleh kami usahakan.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Sesungguhnya hanya mereka yg pernah mengalami akan memahami situasi ini.. sedih, kecewa, tertekan.. terasa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yg baik.. sedangkan realitinya bukan terhenti di sini.. bukan itu saja dugaannya.. kami first time parents waktu itu.. byk perlu belajar.. dari pengalaman orang lain, dari pembacaan.. sawan tangis anak kami akhirnya terhenti sendiri dengan peningkatan usianya.. kami hanya mampu berusaha sebaik mungkin utk mengelakkn keadaan lebih buruk berlaku.. pastikan anak kami selesa sepanjang masa, tidak kembung, tidak terlalu sejuk atau panas.. apa saja..

Setelah melepasi fasa tersebut baru saya bertemu dgn produk #NajlaaBabySkincare.. sedikit terlewat untuk saya.. but better late than never!  Berdasarkan pengalaman, produk pertama yang saya ingin cuba tentulah #HerbalOilNajlaa.. minyak herba ini dirukyahkan dengan ayat2 Al-Quran.. walaupun anak2 saya tiada lagi sawan tangis, 2 puteri saya mewarisi penyakit kembung saya.. boleh dikatakan perut kami semua sentiasa kembung.. setiap kali perut kembung, saya akan gunakan minyak ini.. begitu juga jika selsema.. alhamdulillah berkesan utk saya & anak2.. sejak itu minyak ini sentiasa ada di rumah..

Organik, Berkesan, Harga Berpatutan..




Saya & Najlaa

Jam hampir pukul 4 pagi.. suasana sangat sunyi.. sesekali terdengar rengekan Afiya dalam tidur.. walaupun dah hampir memasuki umur 4 thn, sesekali dia masih terjaga malam, mencari air.. so botol air memang perlu sentiasa di sisi..

Bila diminta bercerita kisah ummi & Najlaa, agak susah untuk ummi.. ummi tiada pengalaman yang betul2 boleh buat orang menitiskan air mata.. ummi tiada episod membawa anak sakit ke hospital kerana pelbagai penyakit.. membaca kisah2 pengguna Najlaa, ...ummi kagum.. mereka diuji dengan dugaan yang berat sebelum bertemu Najlaa.. mereka jadi begitu menghargai hadirnya Najlaa di dalam hidup mereka.. sesungguhnya ummi kalah.. kalah dengan perjuangan mereka.. kalah dengan kecekalan mereka..

Jika dulu ummi merasakan begitu teruji dengan kehadiran permata hati ummi, ujian ummi begitu kecil dibandingkan dengan apa yang dialami ibu2 Najlaa yang lain.. dalam hati ummi bersyukur.. mendengar kisah mereka.. mendengar keluh kesah mereka sebelum bertemu Najlaa, membuatkan hati ummi terjentik.. sesungguhnya aku patut lebih bersyukur..

Ummi hanya mengenali Najlaa ketika Afiya sudah berumur lebih 2 thn.. Aisya juga sudah lebih 4 thn ketika itu.. mereka sudah melepasi fasa kritikal tumbesaran mereka.. mereka kini lebih kuat..
lebih aktif.. lebih banyak berbicara.. walaupun mereka tidak lagi 'fragile' seperti waktu masih bayi dulu, mereka juga tidak lepas daripada penyakit-penyakit biasa yang menyerang kanak-kanak.. selalu juga selsema & batuk, muntah, demam, kembung perut, luka-luka.. Afiya sendiri begitu sensitive kepada ubat gigi.. pantang terlebih sedikit, dia pasti muntah-muntah..

Menjadi satu kemestian untuk ummi menyediakan ubat-ubatan untuk kecemasan.. dahulu, minyak telon pelbagai jenama & v**ks sentiasa ada di rumah.. habis, beli.. habis, beli lagi.. Justeru, bila mula mengenali Najlaa lebih setahun yang lalu, ummi mulakan dengan Baby Balm & Herbal Oil.. bagi ummi harganya sangat berpatutan untuk produk organik, bebas kimia, berasaskan herba.. pengasasnya sendiri sahabat ummi & abi di UIA.. kerana kepercayaan, kami mencuba.. sejak itu, duo Najlaa tersebut sentiasa ada bersama kami.. ini kisah permulaan kami & Najlaa..

Bagaimana ummi tergerak untuk bersama team Najlaa???

To be continued..




Friday, 3 March 2017

Set Eczema Najlaa Baby Skincare ~ Produk semulajadi dengan harga berpatutan

1) Herbal Cream


Untuk merawat "Flare" ruam2 bertompok merah dibadan tuu.
Jika eczema berair...sapukan cream sehingga kering ruam, barulah sapu serum.
Jika Eczema kering... sapu kan cream 15-30minit kemudian sapukan serum.

2) Serum
Kulit eczema perlu lembap sentiasa supaya tidak kering bersisik, kemudian gatal2, tak sedar menggaru garu pula...kadang2 sampai berdarah...Eczema jadi teruk. So utk penjagaan sapukan serum seperti guna losyen... sedikit sahaja dan di sapu nipis nipis.
Losyen byk kimia dan boleh menyebabkan allergy... tapi Serum ni 99.5% tumbuhan Sis. So selamat... boleh guna di kulit dan rambut.

3) Sakura Soap

Hypoallergenic, guna masa mandi. Sabun ni diperbuat drp Glycerine, Virgin coconut oil, olive oil, oat, herbs extract, Vit A, Vit E.

Cadangan penggunaan
~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Mandikan ank syurga dengan sakura soap.. Sakura soap tiada agen pembuih yg selalu menjadi punca kulit kering.. Jadi, jgn bimbang dengan kekurangan buih ketika menggunakannya..

2) Selepas mandi, pastikan lap kering anak syurga.. Kemudian sapukan herbal cream di tempat2 yg kelihatan ruam eczemanya.. Ratakan sehingga krim meresap di kulit..

3) Selepas beberapa minit, sapukan serum ke seluruh badan ank syurga..











Apa itu eczema?? Kawal sebelum melarat..

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalunya dikesan buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Minyak Kelapa Dara dalam Najlaa Nourishing Lotion


Nourishing Lotion Najlaa dirumus menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan asas. Ini kerana minyak kelapa sangat terkenal dalam dunia kecantikkan lama mahupun kosmetik modern. Pelbagai kajian saintifik telah menunjukkan minyak kelapa dara mempunyai manfaat yang banyak.


Berikut adalah 3 manfaat utama minyak kelapa dara untuk kulit:

1) Minyak kelapa dara kaya dengan Vitamin E, amat baik untuk digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya embantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

2) Minyak kelapa dara kaya dengan Polifenol. Agen yang melambatkan proses penuaan. Seiring peningkatan usia keanjalan kulit berkurang dan kendur. Hal ini merisaukan semua wanita. Cegah penuaan dengan Losyen Minyak Kelapa Najlaa, Nourishing Lotion.

3) Minyak kelapa juga kaya dengan rantaian Lauric Acid. Asam lemak ini bersifat anti-bakteria dan anti-virus. Ianya membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, ekzema dan lain-lain jangkitan kulit.

Boleh tekan link berikut utk maklumat lanjut.. http://bit.ly/2mSgb27

#NourishingLotion
#NajlaaBabySkincare
#LosyenMinyakKelapaDara

Thursday, 2 March 2017

5 Khasiat Kunyit di dalam Serum Najlaa

Serum adalah produk Najlaa yg dirumus daripada tumbuh tumbuhan. Diantaranya kunyit.
Manfaat herba zaman purba ini telah diakui diseluruh dunia. Di antara manfaat kunyit yg terdapat dalam serum najlaa:

1. Menyembuhkan Luka

Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang membantu merawat luka dan mempercepatkan penyembuhan, serta mencegah jangkitan.
Boleh sapukan luka dengan serum najlaa yang dirumus menggunakan kunyit serta herba herba lain yang turut memberi manfaat kesihatan pada kulit

2. Membantu Merawat Kanser Kulit

Kanser kulit adalah berpunca daripada sinar UV, bahan kimia dan genetik. Kulit luka luka dan keradangan serta menjejaskan penampilan seseorang.
Kunyit mempunyai antioksidan yang kuat Curcumin yang membantu mengurangkan pertumbuhan sel-sel tumor kulit.
Apabila kunyit disapu pada kulit, ia mengurangkan keradangan dan sakit. Boleh gunakan serum Najlaa.

3. Membantu Merawat Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit radang biasa berpunca daripada disfungsi sistem imun atau "autoimmune diseases ".
Psoriasis menyebabkan luka-luka pada kulit dan tompok tompok putih. Ia biasanya kelihatan pada siku, lutut, kulit kepala, belakang telinga dan leher.
Curcumin dalam kunyit, apabila dimakan sangat berkesan dalam meningkatkan sistem imun dan mengurangkan gejala psoriasis.
Menyapu Serum Najlaa yang mengandungi kunyit pada luka-luka psoriasis membantu mengurangkan kesakitan, keradangan dan masalah-masalah lain.

4. Membantu dalam Merawat Ekzema

Ekzema adalah istilah yang menerangkan kulit bengkak, lebam, gatal-gatal, kemerahan dan keradangan pada kulit.
Juga, dipanggil dermatitis, ekzema biasanya berpunca oleh iritasi, tekanan, alergen, genetik atau penyakit lain. Ia tidak berjangkit.
Kunyit terbukti secara saintifik berkesan dalam merawat ekzema dengan mengurangkan kerengsaan kulit, ruam, gatal-gatal, bengkak, keradangan dan kemerahan.

5. Membantu mengecutkan Jerawat

Jerawat adalah salah satu daripada masalah kulit yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang.
Jerawat boleh merosakkan penampilan dan boleh menjejaskan kerja dan kehidupan sosial. Rawatan rumah menggunakan kunyit boleh memberi manfaat kepada jerawat.
Kunyit mengandungi bahan pembunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum.

#SerumNajlaa
#ManfaatKunyit

Nourishing Lotion Najlaa (3 in 1)~ For beauty skin, as insect repellent & as sunscreen..

Nourishing Lotion yang dihasilkan oleh NajLaa Baby Skincare mengandungi bahan aktif yang bertindak sebagai " insect repellant " yang tidak memberi kesan sampingan yang bahaya.

Nourishing Lotion dirumus menggunakan Zinc Oxide .
Sejenis mineral yang membentuk lapisan atas kulit, memberi perlindungan dari mudah digigit nyamuk. Selain itu, kandungan zinc oxide membantu mereda dan menhilangkan kegatalan dan kesan kemerahan akibat gigitan nyamuk. Dalam masa sama, ia menapis cahaya matahari daripada menyebabkan sunburn.

Disamping itu, Nourishing Lotion di rumus menggunakan peratusan kecil Stearic Acid. Sejenis bahan aktif yang dikesan secara ilmiah, bersifat "insectisides" . Oleh itu, penggunaan Nourishing Lotion pada kulit yang terdedah bukan sahaja mencantikkan kulit, malah melindungi daripada gigitan nyamuk dan sunburn.

3 kebaikkan dalam 1 botol nourishing lotion, langkah paling bijak yang perlu anda bertindak sekarang.

Untuk ibu mengandung anda digalakkan mengguna Nourishing Lotion untuk pencegahan. Ibu-bapa juga boleh menggunakan, lotion ini untuk anak-anak kecil dan remaja bagi mencegah dijangkiti virus-virus bahaya yang disebarkan melalui nyamuk.



Serum Najlaa ~ Kerana dirimu begitu berharga.. Chewwaahhh!!

🎀 *NAJLAA SERUM*🎀 _(RM45 : 150ml)_
==============
*KANDUNGAN*
==============...
Extra Virgin Coconut Oil
Olive Oil
Glycerine
Habbatus Sauda
Enriched with vitamin A & vitamin E
Mineral zinc oxide
Terkini dengan *SPF 20*

============
*FUNGSI*
============
♡ Produk cantik yang ajaib ♡ Halal & berkesan
♡ Menghaluskan & melembapkan kulit
♡ Menghilangkan kedutan
♡ Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar






Sunday, 26 February 2017

Najlaa Vision & Mission


I believe that goodness will come with good intention. 
Saya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga Najlaa kerana percaya pada niat Founder sehingga terhasilnya pelbagai produk penjagaan bayi di bawah label Najlaa Baby Skincare. Kami di Najlaa Baby Skincare mahu memberikan yang terbaik kepada bayi & anak-anak kecil. Kami percaya masih ramai ibu-ibu yang tercari-cari penyelesaian semulajadi kepada masalah yang dihadapi oleh si kecil. Kami sendiri bermula sebagai pengguna yang berpuas hati dengan rangkain produk Najlaa & ingin berkongsi kebaikan yang kami dapat dengan lebih ramai ibu bapa.

Walau bagaimanapun, janganlah mengharapkan penyelesaian serta-merta. Kita hanya berikhtiar. Hanya Yang Maha Pencipta yang mampu menyembuhkan.


Monday, 20 February 2017

Cara selamat memandikan bayi yang baru lahir

Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai bilangan anak yang ramai, pasti tidak sukar untuk memandikan bayi mereka yang baru lahir. Namun, bagi yang baru bergelar ibu atau ayah mungkin ada perasaan takut untuk memandikan bayi kerana bukan saja ia kecil, tetapi tubuhnya lembik itu membuatkan hati terasa bimbang akan terkasar dengan bayi. Apa yang perlu anda buat ialah pegang bayi anda dengan lembut dan penuh kasih sayang. Bayi tentunya akan berasa selamat dan selesa dengan belaian kasih ayah dan ibunya.Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan ikatan antara si ibu dan bapa dengan bayi.



Persediaan awal sebelum mandikan bayi baru lahir:

  • Sediakan perkakasan untuk mandian seperti tab mandian,tuala,sabun atau syampu mandian dan juga pakaian yang bersih.
  • Mandikan bayi anda di bilik yang tidak sejuk kerana bayi yang baru lahir akan hilang panas dengan cepat. Pastikan lantai kering dan selamat untuk mengelakkan risiko jatuh. Lebih mudah sekiranya anda mandikan bayi anda di dalam sebuah besen kecil,di atas singki di dapur kerana ia lebih mudah,cepat, tidak lenguh belakang, dan tidak perlu duduk.

Cara menyediakan air mandian untuk bayi baru lahir:

  • Pastikan air mandian bayi suam tidak panas dan juga selesa sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya.
  • Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian barulah air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir kerana suhu air boleh berubah dengan pantas.
  • Isikan air dengan anggaran bahu si bayi di bawah paras air. Elakkan air terlalu banyak kerana bayi anda akan mudah menggelongsor dan lemas sekiranya pegangan tangan tidak kuat kerana licin.
  • Periksa suhu air dengan siku atau pergelangan tangan sekiranya anda tidak mempunyai termometer untuk memastikan air mandian itu suam. Asingkan juga sedikit air mandian suam dalam bekas kecil seperti gayung untuk tujuan membilas apabila bayi anda telah siap mandi di dalam besen nanti.
  • Selepas itu, tuangkan sabun mandian kedalam besen atau tab dan kacau menggunakan tangan untuk memastikan tiada air yang panas. Apabila air sudah siap, barulah bawa bayi ke tempat mandi dan tanggalkan semua bajunya tetapi jangan masukkan bayi anda terus ke dalam air.
  • Anda perlu cuci segala kotoran di kemaluan bayi sebelum memasukkan bayi anda dalam besen tadi

Cara memandikan bayi baru lahir

  • Seeloknya mandikan bayi baru lahir pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
  • Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  • Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi kerana ia mampu melancarkan pengaliran darah bayi. Siramkan air mandian dan gosokkan sabun yang sesuai dengan bayi anda dengan lembut.
  • Seterusnya siramkan air mandian dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan anda digunakan untuk menggosok dahi. Lebih elok sekiranya proses mandian bayi anda ini disertai juga dengan suami anda.
  • Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah dijangkiti selesema atau jangkitan kuman.
  • Siraman yang terakhir hendaklah dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Anda tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi baru lahir ini kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
  • Selepas selesai mandi, balut tubuh bayi anda dengan segera dan jangan biarkan badannya terlalu lama terdedah kerana ia tidak baik untuk kesihatan si bayi. Tiupkan juga bacaan selawat nabi ke telinga kanan dan kiri bayi.
  • Lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Fokuskan pada bahagian bawah leher,bahagian punggung, paha dan ketiak. Cara mengelap adalah dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa kepada masalah paru-paru lemah.
  • Gunakan kapas dan air masak lain yang sudah disejukkan di dalam mangkuk yang bersih dan lap matanya, muka, bahagian di bawah dagu dan bahagian tali pusat. Semua bahagian itu perlu dibersihkan dengan betul kerana jika tidak, ia boleh membawa jangkitan pada kulitnya.
  • Setelah selesai proses mengelap,pakaikan bayi anda dengan baju dan bedung yang selesa. Pastinya bayi anda akan merasa nyaman dan berkemungkinan akan terus tertidur

Kekerapan untuk memandikan bayi baru lahir:


Sebenarnya terpulang kepada anda berapa kerap anda mahu memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Gunakan sabun lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandian.



Perkara yang perlu anda elakkan ketika memandikan bayi baru lahir:


Perkara yang paling utama dan paling penting ialah jangan tinggal bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Pastikan segala kelengkapan berada di tempat yang mudah dicapai. Sekiranya ada orang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda rasa anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda.

Seorang ayah atau ibu yang baru pertama kali melalui pengalaman ini perlulah membuat persediaan yang secukupnya untuk memandikan bayi. Paling penting,jangan sesekali merasa gementar untuk memandikan bayi anda,sebaliknya tanamkan rasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam menguruskan bayi. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.

Credit: www.WOM.my

6 Tips Mengajar Anak Membaca

Assalamualaikum semua..

Saya pasti ramai ibu bapa yang risau jika anak yang berusia 5-6 tahun belum tahu membaca.
Saya sendiri mempunyai kerunsingan yg sama. Berikut tips untuk mengajar anak membaca yg saya peroleh dari laman web www.wom.my:

1.       Mulakan dengan abjad kecil

Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.

2.       Mulakan dengan hurul vokal dahulu

Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah ‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.

3.       Gunakan huruf berwarna

Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik minat anak kecil.

4.       Ulang bacaan

Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.

5.       Gunakan kaedah nyanyian

Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.

6.       Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur

Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.

Semoga bermanfaat.





Najlaa Baby Skincare - Official Agent

Assalamualaikum..

Cuma nk inform kat semua.. saya sekarang Agen Rasmi produk Najlaa Baby Skincare..
Ada 8 produk yang pelbagai fungsi.. sahabat saya sendiri yang kaji & hasilkn produk2 ini..
Untuk sawan tangis, selsema, batuk berkahak, kembung perut, eczema, masalah kulit, untuk lebatkn rambut dan macam-macam lagi..

Selamat, semulajadi, homemade, halal..

Produk ni wajib utk mereka yg ade anak kecik & perlukn penyelesaian semulajadi..

Kalau nak tau lebih details, WhatsApp 017-2679762 atau tinggalkn komen, ye?
Trima kasih daun keladi..



My Cutie Pie.. Afiya Humaira

Assalamualaikum everyone..

Hopefully semua sihat.. Hari ni nak tunaikn janji dgn anak utk post pasal dia..
Ni la orangnya..



Afiya Humaira binti Saifunnasr..

Afiya lahir pada 20 Mei 2013.. dia ni pun lahir dlm keadaan x expected.. kalau ada baca my post tentang kelahiran Aisya in 2011, boleh tau apa maksud saya..

Saya pergi utk regular check-up kat Gombak Medical Centre pada pg hari tu.. macam kes aisya jugak, doctor kata macam dh ada contraction ms check-up tu.. So dia trus check contraction & bukaan servik.. dh bukak 4cm katenye.. masa tu tepat 38 weeks.. sama mcm aisya so sy dh x terkejut sgt.. siap g makan Nasik Kerabu dlu sblm blk rmh ambik brg..

Kali ni mak mertua yg temankn.. yela, mak jauh, hsbd pn kn uruskn anak lg sorg kt nursery..
Saya xtau knp sy sedih sgt ms nk bsalin kali ni.. airmata mengalir x bhenti.. huhuu..

Alhamdulilllah Afiya selamat dilahirkn secara normal, sebelum asar.. masa mngandungkn afiya ni, saya mmg lebih berhati2 sebab disahkn ada placenta previa (uri kt bawah).. so mmg ade risiko bleeding bila2 ms.. kedudukan afiya pn mula2 songsang.. so Alhamdulillah sgt, segalanya bjalan lancar di hujung pregnancy..

Ni la kisah my cutie pie, Afiya Humaira.. tapi dh byk yg ummi lupe.. sbb lmbt sgt tulis.. maafkn ummi ye.. nnt ummi igt, ummi tulis lg.. hihii.. Ummi loves you..






My Happy Family


Ni family photo kat Tasik Dayang Bunting, Langkawi tahun lepas (2016)..
Ni la family kecik kami skrg.. ada 2 anak perempuan; 1 cutie cupcake, 1 cutie pie.. hahaa..
Anak sulung Aisya Khairina dh nk masuk 6 tahun sekarang.. Yang kedua Afiya Humaira dh nk masuk 4 tahun.. besar dah baby2 kami ni.. I LOVE YOUUUU!!! 😍

I'm back!!!

Assalamualaikum..

Lama sungguh x update blog ni.. sampai tahap dh x ingat name blog sendiri..
Blog sendiri pn kena google.. hahaaa..

Last published post pada September 2011.. Lama betul tu..
Masa tu anak baru satu.. Aisya Khairina.. Tahun ni dia dh nak masuk 6 tahun..

Kesian adik Afiya Humaira.. xpernah masuk dalam blog ummi.. hihi..

Nanti Ummi post gambar adik & kakak ye..

Its good to be back! ❤❤❤❤😄😄