Assalamualaikum semua..
Saya pasti ramai ibu bapa yang risau jika anak yang berusia 5-6 tahun belum tahu membaca.
Saya sendiri mempunyai kerunsingan yg sama. Berikut tips untuk mengajar anak membaca yg saya peroleh dari laman web www.wom.my:
1. Mulakan dengan abjad kecil
Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad
kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh
ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah
sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia
akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.
2. Mulakan dengan hurul vokal dahulu
Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh
dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling
popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah
‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung
anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.
3. Gunakan huruf berwarna
Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih
tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan
warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna
kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat
perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik
minat anak kecil.
4. Ulang bacaan
Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana
anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka
juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik
kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah
berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.
5. Gunakan kaedah nyanyian
Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang
berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini
kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai
budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui
kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.
6. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur
Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang
mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya
tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara
tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan
kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.
Semoga bermanfaat.